Komposer dan penerbit muzik terkemuka tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan nama Lok U meninggal dunia kira-kira pukul 11 pagi tadi (Rabu).

Gempak difahamkan Allahyarham mengalami sesak nafas selepas pulang dari jogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Allahyarham kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang selepas isteri, Jamariah Yusof menghubungi ambulans.

Jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya selepas prosedur bedah siasat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak lelaki Adam Danial, Faris Danial, Ahmad Firhan Danial serta seorang anak perempuan Yasmin Dania.

Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Takziah daripada kami di Gempak.