HIBURAN

Kongsi Ciri-Ciri Calon Suami, Sharifah Rose Nak Elak Lelaki Badan Terlalu 'Sado' - “Mestilah Dia Seorang Yang…”

Asyikin Mayudin 01/03/2025 | 01:55 MYT
Hanya menanti jodoh, pelakon Sharifah Rose berkongsi ciri-ciri lelaki idaman yang ingin dijadikan calon pasangan hidupnya.

Rajin & lemah lembut

Sharifah, 26, berkata, antara ciri tersebut adalah seorang yang rajin, lemah lembut dan aktif bersukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose dan Ezzrin Loy Dalam Proses Kenali Hati Budi - “Bagi Saya Ruang..”

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Akan Beritahu Satu Dunia Bila Dah Halal" - Sharifah Rose

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose Dedah Dulu Beli Cincin RM10,000 Hasil Duit Bayaran Kerja Pertama, Kini Bangga Dapat Pakai Barang Kemas Ratusan Ribu Ringgit!

“Masa itu akan sampai bila Allah izinkan, saya hanya menanti sahaja. Rancangan untuk mendirikan rumah tangga mestilah ada, mustahil tak nak kahwin kan.

“Ciri-ciri lelaki idaman mestilah dia seorang yang rajin, bekerja keras, lemah lembut, menghormati ibu bapa, ‘family person’ dan aktif dalam sukan.

“Yang paling penting keluarga saya restu dan menyukai lelaki tersebut,” kata Sharifah berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual di TikTok NONA.

Lelaki tubuh sasa

Dalam pada itu, pelakon drama Dua Darjat tersebut juga berkata, dia kurang berminat dengan lelaki yang tubuhnya terlalu sasa atau berotot.

“Ciri lelaki yang saya cuba elak pula yang badan terlalu sasa,” ujarnya lagi.

undefined
#Sharifah Rose #Ciri lelaki idaman #Ciri suami #Lelaki sasa