Kongsi Foto Baby Bump, Peminat Teka Betty Rahmad Bakal Dapat Baby Girl

Rozaimi Zubaidi
Ogos 2, 2018 03:07 MYT
Pengikut Instagram (IG) Betty Rahmad menyatakan rasa teruja dan tidak sabar mereka menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Ardi Damis.
Betty, menerusi muatnaik di IGnya telah berkongsi sekeping foto yang menampakkan 'baby bump'nya.
Rata-rata pengikutnya menjangkakan bahawa Betty bakal melahirkan seorang bayi perempuan selepas melihat bentuk perutnya.
"@miss_dillaangel: Baby girl tengok perut pun dah taw."
"@mumy_yamin: Nak teka jugalah suka main teka-teka ni. Memandangkan pernah ada pengalaman mengandung anak dah sepasang rasa-rasanya nak teka baby @bettyrahmad adalah baby girl."
"@zarinazainuddin_: Macam girl perut tu bulat."
"@annadiana_love: Mother looks berseri-seri. InshaAllah it will be a baby girl."
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Betty dan bayinya sentiasa sihat.
Selepas beberapa tahun menyulam cinta, Betty dan Ardy bernikah di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Pelakon #Betty Rahmad #Baby Girl