Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Mia Ahmad

Rozaimi Zubaidi
Julai 31, 2018 04:52 MYT
Pelakon Mia Ahmad telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'Baby Shower' bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mia telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup.
"Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini. Bakal anak saya beruntung mempunyai aunts dan uncle seperti ini," tulisnya.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Mia Ahmad dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anaknya bersama penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi.
Mereka juga memuji wajah Mia yang kelihatan semakin cantik dan berseri selain mendoakan kesejahteraan artis kesayangan mereka.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram @mia.ahm4d
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon