Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Niena Baharun

Rozaimi Zubaidi
Oktober 7, 2018 05:14 MYT
Pelakon Datin Niena Baharun telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'Baby Shower' bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung semalam.
Menerusi entri di Instagram (IG), Niena telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup.
Majlis tersebut adalah kejutan kepada Niena yang bakal menyambut kelahiran anaknya itu tidak lama lagi.
Selain ucapan tahniah, peminat turut mendoakan agar kesihatan Niena dan bayinya sentiasa sihat.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak Niena bersama suaminya, Aliff Firdaus.
Niena dan Datuk Aliff Firdaus telah selamat bernikah pada 1 Februari lalu di Kota Bharu, Kelantan.
Disini Gempak kongsikan gambar sepanjang majlis 'Baby Shower' Niena Baharun:
#pelakon #Pelakon #Niena Baharun