Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Foto Berbikini Di Bali, Netizen Suruh BCL Kasihankan Arwah Ashraf

Amri Hassan
02/06/2021 14:16 MYT
Pelakon cantik Bunga Citra Lestari mencuri tumpuan ramai menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya pada Rabu.

Dalam foto berkenaan, BCL berkongsi sekeping foto seorang wanita dari sisi memakai bikini berwarna ungu.

Tulis BCL pada kapsyen foto berkenaan; "The ocean is everything I want to be. Beautiful, mysterious, wild and free."



Foto yang dipercayai dirinya berada di dalam bot di tengah-tengah laut itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Malah, ada yang menulis komen meminta agar BCL menghormati dan mengasihani arwah suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair.






Difahamkan BCL kini sedang bercuti di Pulau Bali, Indonesia.

Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 dipercayai akibat serangan jantung ketika di kediaman mereka.
#pelakon #Viral #Bunga Citra Lestari #Indonesia #Ashraf Sinclair #Bali #Bikini