Kongsi Foto Bersolek, Pakai Rambut Palsu... Netizen Kecam Nazim Othman, Samakan Dengan Fatin Afeefa & Mona Allen

Kamaruddin Razal
September 6, 2019 13:45 MYT
Pelakon Nazim Othman mengundang perhatian ramai apabila memuat naik foto dirinya yang bersolek seperti wanita dan memakai rambut palsu paras bahu.
Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 35, berkongsi foto terbabit di laman Instagram miliknya lima jam lalu.
"Eyes can’t lie, they speak right through one’s soul," tulis Nazim di ruangan kapsyen.
Foto terbabit mendapat pelbagai reaksi netizen dan pengikut laman Instagram Nazim.
Ada peminat mengecam dan menasihatkan Nazim selepas melihat foto terbabit.
Ada juga pengikut Nazim yang menyamakan wajah Nazim yang bersolek seperti pelakon Fatin Afeefa dan Mona Allen.
Dalam perkembangan lain, Nazim baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cindai bersama Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Raysha Rizrose dan ramai lagi.
#pelakon #Nazim Othman #Pelakon