Laman Utama

Kongsi Foto Dengan Parents, Ramai Offer Diri Nak Jadi Suri Hati MK! - ”Assalamualaikum Future Papa Mama..“

gempak
Shahrin Zulkifle
05/03/2023
08:00 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Foto Dengan Parents, Ramai Offer Diri Nak Jadi Suri Hati MK! - ”Assalamualaikum Future Papa Mama..“

Perkongsian terbaharu penyanyi rap MK K-Clique di laman TikTok miliknya baru-baru ini telah menyorot perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkongsi beberapa keping gambar bersama kedua ibu bapanya.

“Atas nama cinta, syurgaku,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan wargamaya di ruangan balas.

Rata-rata wargamaya yang kebanyakkan golongan wanita dilihat berusaha untuk mencuba nasib menjadi menantu kepada kedua ibu bapa pelantun lagu Payung Pelangi itu.

“Assalamualaikum mak dan abah, nanti saya balik kampung ya,” usik seorang wargamaya.

“Mak mentua saya,” komen seorang netizen.

“Bismillah, atas nama cinta. Assalamualaikum future mama and papa in lawa, haha,” komen seorang warganet.

Ini bukan pertama kali peminat dalam kalangan wanita mengusik MK, apabila terdahulu usai majlis pernikahan kakaknya, Siti Hawa bersama rakannya yang juga anggota kumpulan K-Clique, Fareed Saddi, MK memuat naik satu perkongsian dengan mengajukan soalan bilakah gilirannya akan mendirikan rumah tangga.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi wargamaya yang kebanyakkan mengusik dengan berkata mereka merelakan diri untuk menjadi pasangan MK.

BACA: Nikahkan Kakak, Netizen Melting Tengok MK K-Clique Berbaju Melayu Putih - “Kita Bila Pula”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live