Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Kongsi Foto Hitam Putih, Kapsyen ‘Mahu Pergi Jauh’… Aweera Cetus Tanda Tanya Peminat- “Ni Yang Aku Seram Ni”

Khairil Khusyairi
08/10/2024 04:55 MYT
Penyanyi Aweera mencuri tumpuan warganet di media sosial baru-baru ini.

Perkongsian Cetus Tanda Tanya

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norhissham, berkongsi sebuah foto dirinya.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah vokalis kumpulan Mojo itu memuat naik foto hitam putih beserta kapsyen yang mencetuskan tanda tanya ramai.

Aweera Mahu Pergi Jauh

Dalam perkongsian tersebut, Aweera menyatakan dia mahu pergi tempat paling jauh dan turut memohon maaf kepada semua.

“Tak lama dah… Aku nak pi tempat paling jauh .. paling jauh!

“Maafkan aku,” tulis Aweera ringkas.


Di perkongsian di InstaStories pula, Aweera turut memuat naik gambar gelap beserta lagu Salam Terakhir nyanyian Sudirman.

Peminat Risau

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi itu.

Rata-ratanya memberi kata-kata semangat selain bertanyakan apakah Aweera dalam keadaan baik atau tidak.

“Sesulit apa pun ujian seberat apa pun masalah jangan pernah lupakan pencipta kita,” tulis pengikut.

“Luahkan apa yang terbuku. Semoga baik-baik saja,” komen peminat.

“Are you okay bro?,” soal pengikut.

“Ni yang aku seram ni,” gusar peminat lain.

“Aduh Aweera nak pi mana?,” soal peminat lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Aweera Kembali Bersama MOJO, Lancar Lagu Baharu Judul Superstar!

#Penyanyi #Aweera #Mojo #Hilang #perkongsian #Cetus #Tanda Tanya
;