Hiburan
Kes Tetak Elly Idzlianizar, Aweera Dedah Arwah Pelumba Cub Prix Adalah Sepupu - “Tergamak Kau Buat Macam Tu”
Bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, yang meninggal dunia akibat ditetak sebenarnya merupakan sepupu kepada penyanyi, Aweera.
Luah Rasa Terkejut
Menerusi hantaran di Instagram, Aweera atau nama Nasharul Aweera Norhissham, menzahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu tentang berita tersebut serta berharap agar pemergian ahli keluarganya itu dapat diadili.
“Kau (pembunuh) tetak darah daging aku wei! Semoga ada keadilan untuk abang Ijar (Elly).
“Semoga pelaku mendapat hukuman yang setimpal! Takbir, Allahuakbar!” ujarnya.
Advertisement
Dalam pada itu, dalam entri di Instagram Story pula, pelantun lagu Roman Cinta menyatakan dirinya reda dengan pemergian Elly biarpun masih dalam keadaan terkejut.
“Aku macam tak percaya, tergamak kau buat macam tu. Aku reda, aku terkejut.
“Tapi apa pun si pelaku, kau merangkak lah di Mahsyar,” katanya.
Tak terhenti di situ, Aweera turut berkongsi gambar ‘throwback’ zaman kanak-kanaknya bersama Elly.
Terdahulu, polis mengesahkan kematian Elly Idzlianizar Elias disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar, Perlis dalam kejadian jam 9 hingga 10 malam Selasa lalu.
BERITA TRENDING: Bekas Pelumba GP Elly Idzlianizar Maut Akibat Ditetak
BERITA TRENDING: Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia
BERITA TRENDING: "Saya Pernah Di Atas, Apa Yang Berlaku Salah Diri Sendiri" - Aweera
BERITA TRENDING: Mercun Telur Naga Meletup Di Jari, Aweera Fobia; "Bila Kena Tu Berlubang ..."
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai pergi ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Jalan Dato Ali, Kangar dalam keadaan marah sebelum pergaduhan tercetus.
Must-Watch Video