Kongsi Foto Imbasan Bayi, Peminat Mula Teka Jantina Anak Mia Ahmad

Kamaruddin Razal
Mei 2, 2018 13:54 MYT
Pelakon Mia Ahmad yang kini sedang sarat hamil berkongsi foto imbasan bayi sulungnya di laman Instagram.
Menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya yang dimuat naik beberapa hari lalu, Mia mendedikasikan foto tersebut sebagai hadiah sempena hari kelahiran suaminya, penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) Izham Tarmizi.
Di ruangan komen, peminat sudah tidak sabar untuk mengetahui jantina anak sulung Mia.
Malah, ada juga peminat mula berteka-teki mengenai jantina permata hati pelakon drama bersiri Hati Perempuan ini.
Pengikut laman Instagram Mia juga mendoakan agar aktres itu sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan ketika menjalani proses kehamilan.
BACA: “Syukur, Saya Hamil” - Mia Ahmad
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Mia
#pelakon #Mia Ahmad #Pelakon