Kongsi Foto 'Maternity Shoot', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Amyra Rosli

Rozaimi Zubaidi
September 12, 2017 06:06 MYT
Peminat-peminat Amyra Rosli menyatakan rasa teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran bayi pelakon tersebut dan suaminya, Amar Baharin.
Foto-foto 'Maternity Shoot' itu dikongsi oleh Amar menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Dalam pada itu, ruangan komen juga dipenuhi ucapan peminat yang mendoakan agar Amyra dan bayinya sentiasa berada dalam sihat.
Selain ucapan tahniah, mereka turut memuji sikap romantik yang ditunjukkan oleh Amar kepada isteri kesayangannya itu.
Amyra yang kini sarat hamil 33 minggu dan dijangka melahirkan bayi sulungnya itu pada bulan Oktober depan.
Menerusi sebuah majlis ‘Baby Shower’ mereka yang berlangsung di Quill City Mall Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu, Amar dan Amyra telah mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.
Dalam pada itu, Amar dan Amyra memilih untuk melahirkan anak sulung mereka di sebuah hospital swasta di Lembah Klang.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto semasa 'Maternity Shoot' Amar Baharin dan Amyra Rosli:
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto : Instagram @nabil_nadir
#pelakon #Amar Baharin #Amyra Rosli #Amar Baharin #Amyra Rosli #Pelakon #Maternity Shoot