Hiburan
Kongsi Gambar Cium Mulut Dengan Suami, Shima Anuar Jawab Kecaman Netizen
Pelakon Shima Anuar menerima kecaman daripada warganet gara-gara berkongsi sekeping foto mencium mulut suaminya, Solih Toha, sempena meraikan hari jadinya ke-33 baru-baru ini.
BERITA TRENDING: "Saya Hilang 2.5 Liter Darah" - Perit Tahan Sakit, Shima Anuar Dedah Hampir Hilang Nyawa
Menurut netizen, Shima disifatkan kurang sensitif dengan berkongsi foto sedemikian pada bulan Ramadan.Bagaimanapun, menerusi muat naik di Instagram Storiesnya, Shima tampil menjawab kritikan ramai dan menegaskan dirinya tidak boleh memuaskan hati semua pihak.
"Lucunya apabila ada yang sanggup menghentam satu sama lain disebabkan orang lain. Chill guys. Gigih sangat tu.
"Dipersilakan untuk remove saya, unfollow saya atau apa saja yang kamu suka.
"Saya akan post apa saja yang saya mahukan. Ini ruang saya, bukan kalian. Saya tak boleh nak puaskan hati semua orang," kongsi Shima.
Must-Watch Video