Perkongsian terbaharu di laman Instagram milik isteri kepada penyanyi ND Lala iaitu Fauziah Sarman berjaya menyorot perhatian wargamaya.

Menerusi hantaran tersebut, Fauziah memuat naik sekeping gambar lama yang memperlihatkan suaminya sedang memeluk dia dari belakang.

Bagaimanapun apa yang mencuri tumpuan adalah kapsyen yang ditulis ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu apabila dia mengatakan ada waktu terdahulu yang dirindukan namun tidak mampu untuk mengulanginya kembali.

“Akan ada selalu waktu yang dirindukan, namun tidak dapat terulang kembali,” tulisnya bersama emoji berbentuk hati.

A post shared by Fauziah Sarman (@mamazie68)

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen bersetuju dengan kaspyen tersebut selain ada yang memuji wajah Fauziah kelihatan awet muda dan tidak berubah banyak dalam gambar berkenaan berbanding kini.

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila nama ND Lala dipetik susulan tular gosip yang mendakwa ada seorang penyanyi lelaki popular era 80-an sudah bernikah satu lagi bersama seorang wanita yang lebih muda.

Bagaimana pun, sehingga ke hari ini, ND Lala tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu itu biarpun namanya terpalit.