gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Selepas 15 Tahun, Deep Purple Pilih KL Untuk Konsert Deep Purple Live in Malaysia
HIBURAN
Astro Kembali Program The Chosen One XTRA & Drama Jutawan Ekspres
FILEM
7 Fakta Menarik Tentang Filem Komedi Islamik Thailand, Isan Nikah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Kongsi Gambar Paras Bahu Tidak Berbaju, Netizen Gelar Alvin Chong Daddy

Gempak
Gempak
06/09/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Gambar Paras Bahu Tidak Berbaju, Netizen Gelar Alvin Chong Daddy
Jika dilihat akaun Instagram milik pelakon dan penyanyi Alvin Chong, pasti ramai yang bersetuju bahawa lelaki berusia 30 tahun itu aktif memuat naik perkembangan terkini untuk tatapan peminat.
Terbaharu, Alvin mencuit mata pengikutnya dengan memuat naik sekeping gambar swafoto di Instagram.
Menerusi gambar tersebut, Alvin dilihat menggayakan seutas rantai tanpa mengenakan pakaian.
Pada ruangan kapsyen pula Alvin menulis: “I am a different person when I’m hungry” yang membawa maksud saya menjadi orang lain ketika saya lapar.
Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan reaksi yang diberikan oleh peminat di ruangan komen pada gambar tersebut.
“Daddy,” tulis seorang pengikut Alvin ringkas sambil meletakkan emoji tanda suka.
Sementara itu, ada juga yang meninggalkan komen berupa pujian kepada pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu.
Menurut mereka, Alvin kelihatan sangat kacak dan ada juga yang memanggilnya dengan panggilan Oppa, yakni gelaran untuk lelaki yang lebih berusia dalam bahasa Korea.
Selain Instagram, Alvin juga aktif di platform media sosial lain seperti TikTok. Menerusi platform berkenaan, Alvin kini memiliki sekitar 1.9 juta pengikut selain mengumpul 15.5 juta tanda suka.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Alvin Chong
#Gambar
#Daddy
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement