Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Gambar Terbaharu Bersama Sumayyah, Anak Puteri Sarah Raih Pujian - “Anak Artis Yang Paling Cantik…”

Izwan Isa
16/07/2023 04:50 MYT
Sejak berpisah dengan bekas suami, Syamsul Yusof kehidupan pelakon Puteri Sarah Liyana berjalan seperti biasa.

Rutin harian Puteri Sarah sebagai pelakon juga boleh disaksikan menerusi kemas kini yang dikongsikan platform Instagram.

Terbaharu, pelakon drama Hijrah Jannah itu berkongsi beberapa keping gambar bersama anak perempuannya, Sumayyah.

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, Puteri Sarah dan Sumayyah masing-masing mengenakan telekung.



“Salam Maghrib semua. Puteri Sarah and mini Puteri Sarah,” katanya.

Tentu sekali, perkongsian Puteri Sarah tersebut meraih perhatian positif daripada para pengikutnya.

“Macam mana cantiknya Lady Diana, macam tu lah cantiknya Sumayyah ni. Cantik semula jadi. Moga solehah seperti mana pemilik asal nama ini, Summayah… ahli syurga.”

“Anak artis yang paling cantik asli tanpa mekap. Moga Sumayyah membesar menjadi anak dan wanita solehah. Amin.”

“Yes copy paste sangat. Jumpa depan-depan memang terkesima kejap, sebab terlampau cantik. Sampai sekarang teringat-ingat. Adorable betul Sumayyah.”

BACA: Ibu Syamsul Yusof Sebak Melihat Keadaan Cucu - “Sumayyah Masih Tidak Memahami Kenapa Ayah…”

BACA: Tak Nampak Kelibat Syamsul Yusof Sewaktu Birthday Sumayyah, Ramai Sayu Lihat Wajah Anak - "Kesian Dapat Ayah Yang..."​

#Puteri Sarah Liyana #Sumayyah