Laman Utama

Ibu Syamsul Yusof Sebak Melihat Keadaan Cucu - “Sumayyah Masih Tidak Memahami Kenapa Ayah…”

gempak
Asyikin Mayudin
19/04/2023
06:55 MYT
Sponsor Banner
Ibu Syamsul Yusof Sebak Melihat Keadaan Cucu - “Sumayyah Masih Tidak Memahami Kenapa Ayah…”
Ibu mentua kepada aktres Puteri Sarah Liyana, Datin Patimah Ismail berkongsi keadaan cucu perempuannya, Sumayyah yang dilihat sedang tidur disebabkan kurang sihat.
Menerusi perkongsian tersebut, Patimah juga meluahkan rasa sedih dengan Sumayyah yang masih tidak memahami situasi antara ibu dan bapanya.
“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya,” luahnya.
Pada perkongsian yang sama, Patimah memberitahu berbeza dengan anak sulung Puteri Sarah dan pengarah Syamsul Yusof iaitu Syaikhul Islam yang sudah terbiasa hidup bersama ibunya sahaja.
“Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” katany lagi.
Terdahulu, lafaz cerai yang sepatutnya dilakukan Syamsul ditangguhkan selepas Puteri Sarah enggan menarik semula saman terhadap madunya, Ira Kazar selain pengarah tersebut meminta pengurangan bayaran nafkah anak-anak.
Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 25 Mei depan di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live