Kongsi Gelagat Comel Anak, Mia Ahmad Buka IG Sayf Issa
Mya Amri
Oktober 10, 2018 09:03 MYT
Oktober 10, 2018 09:03 MYT
Pelakon Mia Ahmad memilih untuk membuka akaun Instagram (IG) khas buat anak sulungnya, Sayf Issa.
Dengan menggunakan nama id @sayf.issa, foto pertama bayi comel itu telah dimuat naik pada 6 Oktober lalu.
Walaupun akaun tersebut baru sahaja mempunyai tiga keping foto namun sudah mencecah sehingga 16,000 pengikut IG.
Selain pujian, mereka juga turut mendoakan agar Sayf membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.