Kongsi Kejayaan Anak, Puteri Sarah Nafi Mahu Menunjuk - “Ala Budak Je Pun, Tak Payahlah Fikir Negatif…”
20/10/2024 05:55 MYT
Pelakon Puteri Sarah Liyana nafi mahu menunjuk-nunjuk mengenai pencapaian akademik anak sulungnya, Syaikhul Islam di media sosial.
Mahu kongsi kejayaan anak
Kata Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, tujuan dia berbuat demikian hanya sekadar mahu berkongsi mengenai kejayaan anaknya itu.
"Saya tak menunjuk, saya cuma kongsi sahaja dia lulus. Itu rezeki anak saya. Saya pasti anak-anak orang lain dapat keputusan yang membanggakan. Jadi rasanya tak ada apa kot kalau nak fikir negatif. Ala budak je pun. Tak payah fikir negatif. Kita doa anak kita semua dapat A.
"Walau sibuk macam mana sekalipun, saya tak akan lupa akademik dan bab agama anak-anak. Sebab saya sendiri yang jaga mereka,” katanya ketika ditemui Gempak.
BERITA TRENDING: Bekerja Keras Sejak Tahun Lalu, Puteri Sarah Anggap Hadiah Kereta Untuk Balas Budi Ibu Bapa - “Mereka Rasa Terharu, Menangis…”
BERITA TRENDING: Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas
BERITA TRENDING: Rasa Diri Lebih Dihargai Bila Mengenakan Hijab, Nora Danish Ucap Terima Kasih Yang Pernah Tegur Dahulu
BERITA TRENDING: Video Podcast Kembali Tular, Ramai Sebak
Sementara itu, ketika disoal mengenai reaksi bekas suami sewaktu anak meraih kejayaan, Sarah menjawab Syamsul Yusof berasa gembira.
"Sebagai ibu saya pun turut gembira. Kalau boleh nak semua A. Cuma sebagai ibu bapa kita tak boleh bagi tekanan dekat anak-anak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Puteri Sarah berkongsi video mengenai kejayaan anak sulungnya yang berjaya meraih keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.