Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kongsi Momen Jadi Peserta AF5, Nonny Nadirah Akui Gementar Setiap Kali Buat Persembahan - “Sebelum Berlakon, Saya Menyanyi”

Asyikin Mayudin
11/07/2024 04:55 MYT
Pelakon Nonny Nadirah berkongsi momen pertama kali dia menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur untuk menyertai program Akademi Fantasia musim kelima.

Rasa Gementar Setiap Kali Buat Persembahan

Malah Nonny turut mendedahkan dia berasa gementar setiap kali membuat persembahan di pentas besar selain menjadi peserta pertama yang menyanyikan lagu bahasa Jepun.

“Sebelum berlakon, saya menyanyi. Peserta pertama yang menyanyi lagu bahasa Jepun. Pertama kali sampai kat KL.

“Pertama kali kat pentas besar, setiap minggu gementar lain macam,” kata Nonny menerusi Instastory dengan turut memuat naik video persembahannya ketika dalam program Akademi Fantasia musim kelima.

Pada perkongsian yang sama, Nonny turut memberitahu keluarganya di Sabah tidak dapat hadir untuk menonton persembahannya namun bersyukur apabila saudara terdekat yang datang memberi sokongan pada minggu ketiga.

BERITA TRENDING:Nonny Nadirah Merayu Hilangkan Gangguan - “Tiga Tahun Hanya Dapat Halusinasi Buruk”

“Masa buat persembahan, keluarga tak dapat datang, perform la saya seorang-seorang. Semua kat Sabah. Rezeki, minggu ketiga baru ada sedara Sabah yang duk KL datang support,” ujarnya.

Terdahulu, Nonny Nadirah sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial apabila aktres itu mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sebuah video di Instagram miliknya.

BERITA TRENDING:Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

Menerusi perkongsian terbaharu itu memperlihatkan Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin hanya berkemban.

Pelakon tersebut dilihat merakam dirinya dari arah belakang dan hanya menutup tubuhnya menggunakan sehelai tuala.

BERITA TRENDING:Mila Jirin Percaya Nonny Nadirah Punya Sebab Botakkan Kepala - "Dia Dah Dewasa..."

Sebelum itu, Nonny mengejutkan pengikut dan peminatnya apabila tampil dengan imej botak.

BERITA TRENDING: Selepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Kongsi Video Menari Berkemban Pula?

Susulan video memperlihatkan Nonny Nadirah membotakkan kepala, penyanyi dan usahawa Mila Jirin tampil menganggap rakan baiknya mempunyai sebab bertindak sebegitu.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan Nonny, Mila bagaimanapun berkata rakan baiknya itu dalam keadaan baik sahaja selepas menghubunginya beberapa jam lalu.
#pelakon #Kontroversi #Nonny Nadirah #hiburan