BERITA
Kongsi Nama Anak, Roy Azman Pilih Nur Eryna
Pelakon Roy Azman telah mendedahkan nama yang diberi kepada cahaya mata kelima selepas isterinya, Fyda Razali bersalin pada awal 1 Ogos lalu.
Perkongsian itu dilakukan oleh Roy menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.
"Nur Eryna," tulisnya ringkas berserta gambar terbaharu anaknya yang kini berusia 10 hari.
Pengumuman nama anak Roy Azman itu mendapat pelbagai reaksi dan pujian daripada peminat yang rata-ratanya memuji kecomelan Nur Eryna.
"@mawarelin74: Alhamdullilah. Baby so cute. Congratulation."
"@jasminhamidjh: Mu dah ada 5 harta dunia akhirat. Semoga semuanya menjadi anak yang Soleh dan Solehah. Aamiin."
"@sharifah_syamsudiar: Alhamdillah dan tahniah rezeki dari Allah semoga jadi ansk ysng solleh. Amin."
Fyda dan Roy atau Zairosminan bin Abdul Rahman, 47, berkahwin pada 11 Mac 2006 dan sehingga kini dikurniakan empat orang cahaya mata.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Must-Watch Video