Kongsi ‘Quote’ Kesetiaan, Aliff Aziz Tuju Dekat Siapa?
Firdaus
09/10/2024 05:55 MYT
09/10/2024 05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz baru-baru ini berkongsi hantaran ‘quote’ di media sosial berkaitan tentang kesetiaannya yang tidak akan berubah seandainya seseorang itu memiliki hatinya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, pelantun lagu Sayang-Sayang itu berkongsi kata-kata tersebut di dalam bahasa Inggeris yang disertakan dengan beberapa keping foto dirinya serta berlatar belakangkan lagu Di Balik Pertanda oleh Kaleb J.

“If my eyes are on you, don’t worry about the eyes on me,” tulisnya.
Bagaimanapun, posting berikut tidak dinyatakan ditujukan kepada mana-mana individu.
Sekadar info, Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Bella Astillah pada 9 September 2016.
Sepanjang melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pasangan selebriti itu bagaimanapun sah berpisah pada 13 Jun lalu setelah Aliff Aziz terpalit dengan kes khalwat bersama pelakon, Ruhainies di sebuah kondominium.