Hiburan

Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?

gempak
Firdaus
25/04/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i.

Quote ​Titip Pesanan

Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibenci.
“Sentiasa benci kepada apa yang salah, tetapi janganlah benci kepada yang berlaku khilaf.
“Benci dosa dengan sepenuh hati, tetapi maafkan dan beri belas kasihan terhadap si pendosa.
“Kritik apa yang diucapkan, tetapi hormat kepada si penutur. Tugasan kita adalah untuk menghapuskan penyakit, bukan si pesakit,” kongsi Aisyah.

Quote Untuk Siapa?

Kata-kata hikmah yang dikongsikan oleh Aisyah itu bagaimanapun tidak diketahui ditujukan kepada mana-mana pihak.
Sekadar info, kontroversi pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali hangat diperkatakan selepas seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendedahkan kronologi hubungan sulitnya bersama Aliff.
Menurut wanita itu, dia dan Aliff berhubungan dari Januari hingga Mac 2024.

BERITA TRENDING: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Hasut Aliff Robohkan Rumah Tangga? - “Lepas Ni Awak Free, Tak Ada Lagi Toxic”

BERITA TRENDING: Aisyah Aziz Akui Isu Aliff Aziz & Ruhainies Beri Tamparan Hebat Kepada Keluarga - “Mungkin Dengan Menyebarkannya Buat Anda…
Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live