Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine atau lebih hangat dikaitkan sebagai ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendakwa aktres sensasi, Ruhainies sebagai dalang penghasut disebalik konflik rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.


NRF Hasut Aliff Aziz

Menerusi perkongsian tangkap layar di akaun Instagramnya, Sarah mempersoalkan tindakan NRF dipercayai Ruhainies yang seakan menghasut Aliff untuk bercerai.

Dalam perbualan itu, NRF mengatakan bahawa Aliff sangat tenang dalam mengawal situasi dan tiada yang sanggup bersabar dalam menghadapi situasi perkahwinannya sejak 10 tahun lalu.

“Awak sangat matang dalam handle situasi.Apa dia buat dekat awak for the past 10 years sangat teruk. Very bad. Tak ada orang yang mampu sabar macam awak,” kata NRF kepada Aliff.

Hubungan toksik


Sementara itu, NRF juga mengatakan bahawa dia tidak gembira melihat keadaan Aliff yang dipercayai terpaksa menghadapi hubungan perkahwinan yang toksik.

“Saya sebagai orang luar pun saya gak happy dengan apa yang awak kena lalui. Cukup lah. Lepas ni awak dah free. Tak ada lagi toxic. Insya-Allah,” ujar NRF.

Sementara itu, Sarah mempertikaikan perbuatan NRF dan mendakwa betapa licik dan manipulatif nya tindakan tersebut.

“Kau kat mana bila dia tidur kat tepi jalan 2019, first penceraian. I was there even if it was for awhile sebab kami kawan time tu.

“Kau hasut hasut dia untuk cerai juga kenapa?

“Aku sendiri tak pernah buat macam tu,” tulis Sarah menerusi perkongsian itu.

Sebelum ini, Sarah Yasmine sekali lagi menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang memaparkan mesej romantis, komplot jatuhkan Bella Astillah dan sebagainya.

Berita Trending: 'Kekasih Gelap' Dakwa Kecewa Ditipu, Akui Aliff Aziz Pasang Dua…

Berita Trending: Lagi Pendedahan! Kali Ini Sarah Yasmine Kongsi Rakaman Suara Lelaki…