Kongsi Rezeki, Sherry Ibrahim Bantu Golongan Autisme

Kamaruddin Razal
April 20, 2018 08:16 MYT
Sempena kedatangan bulan April, pelakon Sherry Ibrahim bermurah hati ingin berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Memilih untuk membantu golongan autisme, Sherry yang kini bergelar usahawan tudung jenama Sherry Scarves membantu Autisme Project Cafe yang terletak di Puchong, Selangor.
"Bulan April merupakan bulan kelahiran saya. Saya mula istiqamah memakai tudung juga bermula pada bulan April dua tahun lalu.
"Bulan ini sangat istimewa untuk saya dan mempunyai kenangan tersendiri. Oleh itu, saya mahu berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
"Saya memilih untuk membantu golongan autisme bersempena Bulan Kesedaran Autism Sedunia yang turut jatuh pada April," kata Sherry.
Pemilik nama penuh Syarizad Ibrahim ini berkongsi rezeki dengan menderma 10 peratus hasil keuntungan daripada jualan koleksi tudung miliknya.
"Insya-Allah, saya bakal menyumbangkan keuntungan koleksi tudung Paint My Love Sherry Scarves yang saya dapat pada bulan ini untuk Autisme Project Cafe.
"Saya berharap usaha ini dapat memberikan kesedaran orang ramai terhadap golongan autism serta meringankan beban mereka yang memerlukan," katanya lagi.
Untuk lebih informasi mengenai koleksi tudung milik Sherry, layari laman Instagram @sherryscarves.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sherry
#pelakon #Sherry Ibrahim #Pelakon