Kongsi Video BTS Fitting Busana Bentuk Hati, Gelagat Aina Abdul Buat Netizen Terhibur - “Punya Lah Berat Benda Tu…”
Perkongsian video penyanyi Aina Abdul yang memaparkan momen di sebalik tabir pembikinan busana berbentuk hati yang digayakan sewaktu Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-39 berjaya meraih perhatian netizen.
Menerusi hantaran Aina di akaun TikTok, dapat dilihat sesi fitting bagi persalinan yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Melinda Looi.
Busana bentuk hati
Apa yang menarik perhatian apabila pelantun lagu Sumpah itu dilihat beberapa kali mencuba untuk membuka replika berbentuk ‘hati’ itu sehingga hampir terjatuh.
@ainaabdulofficial Practice makes perfect omputih kata! ?❤️ #fyp #fypシ #ainaabdul #puassudah #sfmm #ajl38 ♬ original sound - ainaabdulofficial
“Practice makes perfect orang kata,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet memuji usaha dan kerja keras Aina yang dianggap sangat unik dan hebat.
“Unik itulah Aina Abdul.
“Maksudnya atas pentas haritu boleh apa-apa sahaja berlaku kan. Tapi jatuh benda berat tu memang cantik dan on point. Fuh terbaik lah.
“Punya la berat benda alah tu, sampai tak tertanggung orang disitu.
“Aku suka effort Aina. Boleh tengok dia gigih tau nak dapat apa dia nak dengan designer dia cuba terbaik untuk Aina, tapi semalam memang berjaya,” komen beberapa netizen.
BERITA TRENDING: Demam On-Off Selama 4 Hari, Ruhainies Dipaksa Jumpa Doktor - “Ingatkan Tak Kena Jarum, Tapi…”
BERITA TRENDING: Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC
BERITA TRENDING: Video Warga Asing Kongsi Tentang Kehidupan Di
BERITA TRENDING: Ernie Zakri Kecewa Belakang Tabir Tidak Berjaya Mara
Terdahulu, lagu Puas Sudah yang 'dianak tirikannya' telah memberi rezeki buat Aina Abdul apabila layak ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Selain itu, 10 lagu yang menempatkan diri ke AJL39 adalah lagu Sengaja nyanyian Amir Masdi, Puas Sudah nyanyian Aina Abdul, Aura nyanyian Ernie Zakri, Terus Bersinar nyanyian Hafiz Suip.
Saksama (Akim & The Majistret), Hening Rindu (Marsha Milan), Pujaanku (Masdo & Aisyah Aziz), Bukan Lagi Kita (Nadeera), Risiko (Benzoloo, Tuju, MK-Kclique) dan Diam (Hael Husaini) turut menepati ramalan layak ke AJL39.