Kongsi Video Kenangan Akhir Bersama Arwah, Shuib Mahu Bersihkan Nama Siti Sarah - “I Minta Maaf Sayang, Orang Fitnah You Tentang Perkara Yang…”
Asyikin Mayudin
07/07/2023 07:55 MYT
07/07/2023 07:55 MYT
Sejak beberapa hari lalu, nama pelawak Shuib menjadi perbualan hangat apabila ada beberapa netizen yang menuduhnya terlibat dengan Freemason dan menjadi punca bekas isterinya, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia.
Sedih dengan fitnah tersebut, Shuib menerusi laman TikTok miliknya berkata dia akan mencuba sehabis baik untuk membersihkan semula nama arwah Siti Sarah yang terkait dengan isu tersebut.
“I minta maaf sayang, orang cakap macam-macam tentang you. Orang fitnah you tentang perkara yang langsung tak masuk akal. Insya-Allah I akan cuba sehabis baik untuk bersihkan nama you Sayang.
“Allah maha hebat, Allah akan ada sentiasa bersama kita. Doakan I dari sana. Al-fatihah buat Siti Sarah Bt Raissuddin,” kongsinya.
Shuib turut memuat naik video kenangan terakhir arwah Siti Sarah berpelukan dengan anak-anak sebelum dimasukkan ke hospital selepas dijangkiti Covid 19.
Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), pada 8 Ogos 2021.
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Jadi Orang Terakhir Lihat Jenazah Siti Sarah & Nafi Ahli Freemason: “100% Salah"
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Maafkan Zulhairi, Shuib Bakal Buru Lagi Pengguna Media Sosial Biadab, Mahu Heret Ke Mahkamah
Terdahulu, Shuib mengadakan pertemuan dengan salah seorang netizen menuduhnya yang dikenali sebagai Zulhairi pada Selasa lalu.
Shuib bertindak memaafkan Zulhairi di atas kekhilafan dilakukan lelaki itu kerana beranggapan pekerja swasta berkenaan berani dan ikhlas mengakui kesilapanya, termasuk menyesal dengan apa yang dilalukan.
Bagaimanapun, Shuib menegaskan dia tetap akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang lagi netizen yang dikenali sebagai John Dihani.
undefined