,
Laman Utama

Penyebar Fitnah Shuib, Zulhari Minta Maaf: “Saya Khilaf, Saya Bertanggungjawab”

Maliah Surip
04/07/2023
05:16 MYT
Shuib akhirnya bertentang mata dengan seorang pengguna media sosial yang disifatkan telah memfitnahnya menerusi satu hantaran si Facebook kurang 48 jam lalu.
Pertemuan santai Shuib dan penyebar tersebut, Zulhairi Abu Osman, 35, membuahkan hasil yang manis apabila berakhir dengan baik.
Zulhairi secara terbuka memohon maaf di atas tindakan keterlaluannya sebelum Shuib memaafkan lelaki tersebut.
“Saya minta maaf kepada Shuib di atas kekhilafan yang telah dilakukan.
“Sebenarnya saya hanya menyebarkan tulisan tersebut daripada pengguna lain dan silapnya saya tidak memberi kredit kepadanya.
@astrogempak #GempakNews: Shuib memaafkan individu yang memfitnah dirinya. Klik link untuk artikel sebelumnya. #shuibsepahtu ♬ original sound - Gempak
“Saya benar-benar minta maaf, menyesal dan mengambil pengajaran serta tanggungjawab atas apa yang telah dilakukan,” kata Zulhairi.
Shuib pula mengaku memaafkan dan tidak akan meneruskan saman ke atas lelaki tersebut kerana menyifatkan Zulhairi sebagai naif dan mempunyai adab.
“Saya maaf dia kerana dia berani, gentle dan ada usaha untuk bertemu saya.
“Semalam dia pun mahu cari saya. Dan selepas saya hubungi dia, saya lihat di ini naif, beradab.
“Saya pun manusia biasa dan punya perasaan walaupun tuduhan yang dilemparkan sangat melampau tapi saya maafkan dia kerana sikap dia,” ujar Shuib.
Pertemuan yang berjalan sekitar sejam itu berlangsung di premis Bubble Bee cawangan Tasik Permaisuri tengahari tadi.
Pada masa sama, Zulhairi yang mengaku sebagai peminat Sepahtu memberitahu tidak pernah mengenali Shuib atau arwah isterinya, Siti Sarah secara dekat.
“Saya tak kenal kedua duanya. Saya peminat Sepahtu. Saya tak fikir panjang dan selepas menyebarkan komen tersebut saya sendiri rasa bersalah dan bertanggungjawab kerana ia sangat melampau,” katany lagi.
Zulhairi juga mengaku selepas ketelanjurannya dia kini menutup akaun media sosial termasuk Facebook.
Terdahulu, Shuib mendedahkan hantaran Facebook tindakan seorang individu mengaitkan dia dengan Freemason dan mendakwa Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia dua tahun lalu.
BACA: Burukkan Nama Arwah Isteri, Dituduh Ahli Organisasi 'F', Shuib Bidas Dakwaan Netizen - "Tunggu Kenyataan Dari Pihak Saya"
BACA: Dalam Masa 24 Jam Shuib Minta Individu Tuduh Dirinya Freemason Jumpanya Sebelum... - "Kenapa Libatkan Arwah Isteri Aku!"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Teruk Dikecam Cuba Ambil Kesempatan Terhadap Pekerja, Shuib; "Demi Allah... Tiada Langsung Niat Saya"

gempak
19/11/2024
03:55 MYT
Pelawak, pelakon dan penyanyi Shuib Sepahtu tidak akan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.
Hiburan

Dituduh Guna Hasil Wang Haram, Shuib Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang - “Saya Memang Suka Saman-Menyaman”

gempak
16/11/2024
05:55 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal, Shuib mendedahkan dirinya telah difitnah oleh seorang individu di laman media sosial, TikTok baru-baru ini.
Hiburan

Isu Gagal Bayar Cukai, Shuib Tak Anggap Pengakhiran Untuk Perniagaannya - "Tuhan Kan Dah Janji…”

gempak
15/11/2024
12:25 MYT
Pelakon dan pelawak terkenal Shuib Sepahtu menganggap dia tidak gagal dalam perniagaan, sebaliknya apa yang berlaku merupakan ujian yang harus dihadapinya.
Hiburan

Anggap Shuib Suami Yang Hebat, Watie Hanifiah Pernah Jadi Seperti Netizen - “Kita Tak Ada Dalam Dunia Mereka…”

gempak
15/11/2024
06:25 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengakui dia juga pernah menjadi seperti netizen yang akan menilai kehidupan selenbriti dengan hanya membaca berita yang dilaporkan.
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Unitar