HIBURAN

Kongsi Video Seakan Buat Imbasan Ultrasound, Netizen Syak Isteri Azlan Komeng Hamil - “Kena Gaduh Dulu Ya kak, Tup Tup Mengandung”

Asyikin Mayudin 15/03/2025 | 03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok isteri kepada pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz yang memperlihatkan seperti imbasan ultrasound mengundang pelbagai reaksi netizen.

Mohon doa

Hanya meletakkan kapsyen yang pendek, Nilam mengharapkan semua orang dapat mendoakannya selain kelihatan Azlan yang merakam momen itu.

“Bismillah doakan ya. Tak tahan yang ambil video pun ada gambar kesayangan. Jangan cemburu,” tulisnya dengan ringkas.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan membuat andaian isteri Azlan itu sedang mengandung selain mendoakan agar pasangan itu sentiasa dilindungi Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng Mohon Netizen Tidak Campur Tangan Isu Rumah Tangga - “Tidak Perlu Mengapi-Apikan Isteri Saya Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nilam HQ Ini 100 Peratus Saya Punya” - Isteri Dedah Azlan Komen Tiada Harta

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja Beritahu Sudah Tempah Dewan Kahwin, Nur Nilam Terus Block Bakal Madu - “Mungkin Dia Fikir Abang Lan Banyak…”

“Kena gaduh dulu ya kak… tup tup mengandung. Tahniah kak Nilam dan abang Lan.

“Risau kalau gaduh-gaduh ini, kang ada saja tambah buku pink. Tahniah kak NIlam. Jaga baik-baik ya.

“Serius la kak. Alhamdulillah semoga dipermudah segala urusan akak. Tolong jaga diri,” komen beberapa netizen.

Bagaimanapun, Nilam mahupun Azlan tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perkongsian tersebut.

Sebelum ini, Nilam mendedahkan suaminya ingin berkahwin lain dan dia juga sudah bertemu dengan bakal madunya.

Terdahulu, Azlan pernah berkongsi pengalaman seram yang dialami isterinya sewaktu sedang hamil di usia kandungan enam hingga lapan bulan.

Menerusi perkongsian itu, Azlan berkata isterinya sudah membuat imbasan ultrasound dan disahkan hamil anak kembar ketika itu.

Bagaimanapun, isterinya mula melalui kejadian pelik di mana kandungannya sudah tiada tanpa sebarang bekas ketika bangun dari tidur.

undefined
#Azlan Komeng #Isteri Azlan Komeng #Nur Nilam Ortiz #Nilam hamil