HIBURAN
Teruja Beritahu Sudah Tempah Dewan Kahwin, Nur Nilam Terus Block Bakal Madu - “Mungkin Dia Fikir Abang Lan Banyak…”
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz, mendedahkan bahawa bakal isteri baharu suaminya teruja menghubunginya bagi membincangkan persiapan perkahwinan mereka.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, Nilam memberitahu bahawa wanita tersebut telah berkongsi gambar dewan majlis perkahwinan dan memaklumkan bahawa baju persandingan telah pun ditempah.
Namun, Nilam memilih untuk mengabaikan mesej tersebut dan mengambil keputusan untuk menyekat wanita itu daripada terus menghubunginya.
“Korang ada nampak aku shaking, pagi-pagi aku shaking. Dia (bakal madu) hantar gambar dewan kahwin, siap cakap dia sudah tempah baju.
“Aku dah block dah dia. Nampak tak gigih dia mencari aku, lawan tetap lawan,” katanya.
Dalam perkongsian yang sama, Nilam mendakwa bahawa bakal madunya mungkin tidak mengetahui keadaan kewangan suaminya dan menyangka bahawa Azlan memiliki wang yang banyak.
“Dia main gila dengan aku.Mungkin dia fikir Abang Lan banyak duit kot, duit Abang Lan tu duit aku,” tambahnya.
Selain itu, Nilam juga mendedahkan bahawa dia telah menghubungi peguam bagi membuat persediaan menghadapi isu poligami ini.
Perkongsian Nilam ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersimpati dengan nasibnya kerana telah banyak berkorban ketika suaminya ditimpa musibah.
Namun, ada juga yang beranggapan bahawa pendedahan ini hanya sekadar strategi pemasaran dan kandungan media sosial semata-mata.
“Content.
“Rasanya abg komeng nk surprise sanding skli lg ngn k.nilam..yg pompuan tu myb wedding planner.
“Marketing.
“Stop la jaja citer rumah tangga..byk lagi content lain yg boleh buat,” komen netizen.
Sebelum ini, menerusi salah satu video terbaharu, Nilam berkongsi situasi suaminya sedang bercakap dalam telefon dengan seseorang yang didakwa bakal madunya.
Malah, Nilam turut memuat naik video memberitahu dia dalam perjalanan untuk berjumpa dengan seseorang yang dipercayai bakal madunya.
Must-Watch Video