Pelakon Betty Benafe yang kini sedang menunaikan ibadah Haji di Mekah memohon doa peminat apabila berdepan ujian ribut pasir.

Menerusi entri di Instagram (IG), Betty sempat berkongsi video mengenai perkembangan terkininya sebelum bergerak ke Padang Arafah untuk wukuf.

"Ini malam terakhir sebelum pergi ke Arafah esok pagi, dan sekarang ribut pasir di Kota Makkah.

"9 zulhijah, ribut pasir di Kota Mekah. Doakan kami. Insyaallah segala di permudahkan," ujarnya.

9 zulhijah, ribut pasir di Kota mekah. Doakan kami .. insyaallah segala di permudahkan.. insyaallah.. credit to ZR @zahidarafik

A post shared by Betty Banafe (@bettybanafe) on


Rata-rata mendoakan agar tabah menempuhi dugaan ini dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.

Kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di Makkah turut membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah lewat petang semalam.

Angin kencang itu merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.

Bagaimanapun ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji untuk melakukan wukuf apabila menganggap hujan yang dialami sebagai satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadat haji.