Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Konon Jadi Penyebab Hidup Fizi Jahanam, Ini Komen Shakilla Khoriri- "Saya Rasa Saya Dengan Dia Baik-Baik Je”

Syafiqah Jalal 16/06/2022 | 09:26 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri tidak mahu mengulas lanjut mengenai status bekas suaminya, Fizi Ali yang didakwa meluahkan rasa marah kepadanya yang merupakan ibu kepada anaknya.

Bercakap kepada Astro Gempak, Shakilla mendakwa hubungannya dengan Fizi hanya berada dalam keadaan baik.

“Saya minta maaf ya. Saya tak tahu fasal status dia (Fizi). Mungkin boleh tanya dia sendiri. Saya pun tengah busy shooting sekarang ni. Sorry ya…

“Ada ramai yang kongsikan fasal status dia ni. Saya tak nak komen apa.

“Sebab saya pernah cakap, saya tak nak komen apa dah fasal saya dengan Fizi. Sebab saya rasa saya dengan dia baik-baik je,” ulasnya.

Shakilla mengulas mengenai isu itu kepada Gempak menerusi aplikasi WhatsApp.

Pagi tadi, Fizi memuat naik status di akaun Instagram (IG) story miliknya yang didakwa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap ibu kepada anaknya.

Menerusi status berkenaan, Fizi mendakwa dia menghormati Shakilla dan tidka membuka mulut mengenai hal rumah tangga mereka sebelum ini.

BACA: "Hidup Aku Dah Jahanam Sekarang, Hilang Semua Sebab Kau!"- Fizi Ali

#Anak #Isteri #Fizi Ali #Shakilla Khoriri #Bergaduh #Jahanam
;