Penyampai radio, Fizi Ali mengundang tanya tanya netizen apabila memuat naik status di Instagram Story dengan meluahkan perasaan marah terhadap bekas isterinya, Shakilla Khoriri.

Menerusi status berkenaan, Fizi berkata, dia menghormati Shakilla dan tidak membuka mulut mengenai hal rumah tangga kerana menghormati wanita itu sebagai ibu kepada anaknya, Ameena Sofia.



“Aku hormat sebelum ini sebab kau tu mak kepada anak aku… dan kita pernah bersama. Aku tak nak bukak mulut sebab aku nak jaga aib kau.

“Kau dah makin lama makin melampau. Sabar ada tahapnya… aku rasa makin lama makin nipis ni,” katanya.

Dalam pada itu, Fizi turut berkata yang kehidupannya kini berantakan semuanya kerana bekas isteri.

“Hidup aku dah jahanam sekarang, aku hilang semua benda semua sebab kau! Kau tak sedar lagi ke hah? Sekarang kau saja nak cari pasal lagi dengan aku,” tulisnya lagi.

Gempak masih cuba untuk mendapatkan maklum balas daripada Fizi.

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan memutuskan untuk bercerai pada Disember 2021.