Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum peserta konsert akhir Ceria Popstar 2016 Hazmil, Reza, Jun dan Aniq berpadu suara.

Secara keseluruhan, keempat-empat peserta sering memberikan persembahan yang konsisten setiap minggu.

Namun mengikut ramalan Astro Gempak, tidak mustahil sekiranya gelaran juara menjadi milik Hazmil kerana sebelum ini juri pernah mengatakan bahawa peserta berusia 11 tahun ini mempunyai kualiti vokal yang sangat baik selain kemampuannya untuk beraksi di pentas.

Sementara itu, kemantapan vokal satu-satunya ‘bunga’ dikalangan finalis iaitu Jun juga tidak boleh dipandang rendah.

Reza dan Aniq juga masing-masing mempunyai kehebatan tersendiri dan sering menyampaikan lagu mengikut emosi sebagaimana penceritaan lirik pada lagu tersebut

Bagaimanapun ini hanyalah ramalan Astro Gempak semata-mata, keputusan sebenar hanya akan dapat diketahui pada siaran langsung malam ini!

Juara Ceria Popstar 3 bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Jangan lupa saksikan saksikan konsert separuh akhir Ceria Popstar yang bakal bersiaran malam ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.