,
Hiburan

Konsert Bertemakan Sounds Of Borneo Di MPO 7 September Nanti, Tampilkan Marsha Milan, Velvet Aduk & Alena Murang!

Amri Hassan
10/08/2024
18:48 MYT
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) buat julung kalinya bakal mempersembahkan sebuah konsert muzik Borneo pada Sabtu, 7 September 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.
Konsert ini merupakan testimoni terhadap komitmen MPO dalam menyediakan platform untuk persembahan muzik Malaysia dalam bentuk orkestra dan mempamerkan bakat anak seni tempatan dalam menyokong melestarikan seni budaya.
Bertemakan Sounds of Borneo, konsert ini meraikan muzik Borneo dan menyatukan rakyat Malaysia melalui nuansa muzik MPO dan kekayaan budaya. Sempena dengan Hari Malaysia pada September ini, konsert ini adalah manifestasi langkah berterusan MPO untuk meningkatkan taraf muzik Malaysia melalui versatiliti MPO dan untuk masyarakat menghargai kepelbagaian legasi yang kita miliki.
MPO bakal dipimpin oleh Luqman Aziz yang merupakan konduktor bersekutu, pengarah muzik dan penggubah untuk Orkestra RTM. Konsert ini bakal menyaksikan persembahan sulung artis-artis kelahiran Malaysia Timur di pentas DFP: vokalis Marsha Milan dan Velvet Aduk (Sabah), serta pemain sape Alena Murang (Sarawak).
Berketurunan Kadazan-Dusun, Marsha mempunyai pengalaman 15 tahun dalam industri muzik; merupakan finalis Anugerah Juara Lagu (TV3) tahun 2022 dan 2023, melahirkan dua album studio dan pernah berkolaborasi dengan artis-artis terkenal.

BERITA TRENDING: Bangga Pencapaian Bella Astillah, Marsha Turut Lakar Nama Di China - “Saya Akan Nyanyikan Lagu Sabah”

BERITA TRENDING: Marsha & Velvet Buat Lagu Dedikasi Untuk Orang Sabah Sempena Pandemik, Siap Dapat Perhatian KKM

BERITA TRENDING: Alena Murang Terkejut Harga Tiket Balik Sarawak Mahal Melampau Sebelum Krismas - "RM3,300 Pertama Kali Dalam Tempoh 30 Tahun"

BERITA TRENDING: Alena Murang Bawa Peminat 'Mengenal' Cerita Nenek Moyangnya Yang Tinggal Di Langit & Bumi

Velvet Aduk ialah penyokong tegar muzik tradisional Sabah; lagu-lagu ciptaan beliau Sumandak Sabah dan Oi Gaman telah mendapat jutaan tontonan di YouTube. Alena Murang pula mula mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui pelbagai kemenangan untuk muzik video dan filem etnik.
Bersama MPO di malam sinergi hebat, hanya di DFP! Antara lagu yang akan dipersembahkan termasuk Gitu’an, Pemung Jae, Sumandak Sabah, Insan Tadau, Panaon, Aramaitii, Panaon, Bejugit Betanda Menari dan lagu-lagu rakyat seperti Meno, Midang Midang, Jambatan Tamparuli, Put Burui, Datun Julud dan Puteri Santubong.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bersedia untuk Moves Like Jagger? Maroon 5 Singgah Malaysia Februari 2025

gempak
10/09/2024
06:55 MYT
Kumpulan pop rock terkenal Amerika Syarikat, Maroon 5 akan mengadakan konsert di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada 12 Februari 2025.
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Viral

Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

gempak
09/09/2024
11:23 MYT
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila poster pinjaman wang mendominasi di kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk KLCC, Bukit Bintang, Petaling Street, Pasar Seni dan banyak lagi.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Hiburan

2NE1 Akan Singgah Manila Dan Jakarta Untuk Konsert, Malaysia Pula Bila?

gempak
06/09/2024
12:25 MYT
Kumpulan yang terkenal dengan lagu I Am The Best itu telah mengumumkan dua lokasi pertama bagi jelajah mereka pada Jumaat.