Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Konsert Bruno Mars: "Pentas Dibina Atas Trek, Bukan Rumput" - Hannah Yeoh

Gempak
06/07/2024 02:55 MYT
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan keadaan rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak akan terjejas usai penganjuran konsert penyanyi antarabangsa Bruno Mars Live in Kuala Lumpur, 17 September ini.

BERITA TRENDING: Tolak Sokong Produk Terlibat Israel, Aizat Amdan Tak Berhasrat Tonton Konsert Bruno Mars

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihak kementerian sudahpun mengeluarkan moratorium untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang SNBJ.

“Untuk konsert di Stadium Nasonal Bukit Jalil, memang saya dah letak moratorium, tak boleh bina apa-apa struktur atas rumput.

“Kalau mereka (penganjur konsert) nak bina pentas, perlu dibuat atas trek bukan rumput.

“Moratorium kita sudah keluarkan jadi, semua konsert sekarang memang tak ada di atas padang lagi,” katanya kepada Kosmo!.

BERITA TRENDING: Nyanyian Alif Satar & The Locos Raih Pujian Netizen, Siap Diberi Jolokan Bruno Mars Versi Malaysia!

BERITA TRENDING: Bruno Mars, Dua Lipa, Ariana Grande.. - Radio Indonesia Dilarang Mainkan 42 Lagu-Lagu Selebriti Ini Sebelum 10 Malam

BERITA TRENDING: Catat Kehadiran Paling Tinggi Dengan 81,812 Penonton, Konsert Coldplay Di Kuala Lumpur Raih Untung RM52 Juta

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai kemungkinan keadaan padang SNBJ akan kembali terjejas seperti mana yang berlaku selepas berakhirnya konsert Coldplay tahun lepas.

April lalu, Hannah mengeluarkan moratorium jangka pendek untuk menghalang sebarang pemasangan struktur pentas membabitkan persediaan konsert di atas padang di SNBJ susulan post-mortem yang dilakukan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) terhadap gelanggang rasmi Harimau Malaya tersebut.

Sumber – KOSMO! ONLINE
#Viral #Konsert #Stadium Nasional Bukit Jalil #Bruno Mars #Hannah Yeoh #Padang #Trek
;