Hiburan

Konsert ‘Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia’ Bakal Beri Kenangan Istimewa Buat Peminat

Asyikin Mayudin
18/05/2024
14:55 MYT
Walaupun siri jelajah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ sudah berakhir, ratu rock negara, Ella bakal mengadakan sebuah konsert yang lebih istimewa iaitu ‘Jilid Rockerstra Ella: Rockers Juga Manusia’.

Konsert Atas Permintaan Peminat

Penganjur Hitman Solutions dan RockQueen, kembali bekerjasama sekali lagi menerusi konsert yang bakal diadakan pada 9 Ogos nanti di Plenary Hall, KLCC.
Menganggap kerjasama antara mereka satu pengalaman mengagumkan Rohit Rampal, selaku CEO dan Pengasas Hitman Solutions berkata konsert tersebut merupakan permintaan daripada peminat Ella sendiri.
"Bekerjasama dengan Ella dan pasukan RockQueen adalah satu pengalaman yang amat mengagumkan. Setelah menganjurkan 4 buah konsert ‘Jilid Akhir: Ella Puteri Kota’ tahun lalu, kami masih menerima permintaan yang tinggi daripada peminat-peminat Ella untuk menyaksikan Ella beraksi sekali lagi di atas pentas.
“Oleh itu, sebagai tanda penghargaan kami mengambil keputusan untuk berkolaborasi sekali lagi demi mencipta satu lagi konsert yang istimewa buat peminat setia Ella.
“Untuk satu malam sahaja, Ratu Rock Malaysia akan mempersembahkan gabungan yang unik - getaran rockernya dengan elemen band dan orkestra. Kami tidak sabar untuk berkongsi konsert ini dengan semua,” katanya.

Beri Kenangan Istimewa Untuk Peminat

Manakala menurut Ella, konsert itu nanti bukan sahaja akan memberikan persembahan orkestra yang terbaik selain dapat beramah mesra dengan peminatnya.

“Saya gabungkan dua perkara yang saya sayangkan, sebuah persembahan yang lebih intim dan meluangkan masa bersama peminat-peminat tersayang.

“Jilid Rockerstra Ella kali ini adalah peluang untuk saya terokai gabungan muzik dari album-album saya yang dipersembahkan dalam bentuk yang cukup istimewa iaitu orkestra.
“Konsert sebelum ini menceritakan tentang perjalanan seni dan kisah 35 tahun kerjaya saya, yang merupakan representasi lengkap diskografi saya sebagai penyanyi rock.
“Selain gabungan rock dan orkestra, konsert kali ini memberi peluang mempersembahkan kreativiti dalam berkarya dengan penambahan lagu-lagu hits yang belum sempat dimainkan, dan masih di bawah pimpinan pengarah muzik iaitu Datuk Hashridz Murshim (Datuk Acis),” katanya.
Sebagai seorang anak seni yang prihatin, Ella masih mengekalkan solidaritinya terhadap Palestin dan akan terus bersuara demi manusiawi sepanjang berlangsungnya konsert nanti.

BERITA TRENDING: “Selidik Dulu Sebelum Melemparkan Tuduhan…” - Ella Nasihat Netizen Berhubung Isu ‘Blockout 2024’

BERITA TRENDING: Alami Masalah Pendengaran, Ella Guna Hearing Aid! - "Ingatkan Telinga Saya Okey"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Hiburan

Rockers Amy Search, Ella Bergelar Haji & Hajah, Bersyukur Dapat Tunai Rukun Islam Kelima

gempak
17/06/2024
04:13 MYT
Dua rockers ternama tanah air, Datuk Suhaimi Rahman dan Norazila Aminuddin selamat menunaikan rukun Islam kelima selepas melakukan ibadah haji.
Hiburan

Ella Guna Khidmat ‘Bodyguard’ Untuk Mudahkan Urusan - “Ini Lebih Kepada Soal Keselamatan”

gempak
24/05/2024
07:55 MYT
Ratu rock. Ella mendedahkan dia menggunakan khidmat pengawal peribadi sekiranya perlu memenuhi undangan pentas mahupun acara-acara yang membabitkan orang ramai.
Terkini

“Selidik Dulu Sebelum Melemparkan Tuduhan…” - Ella Nasihat Netizen Berhubung Isu ‘Blockout 2024’

gempak
14/05/2024
11:55 MYT
Penyanyi rock Ella menyarankan netizen supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel dan tidak bersuara mengenai kekejaman Zionist.
Gegar Vaganza All Star

All Stars Gegar Vaganza: Konsert Akhir Bakal Tampilkan Ella, Dayang Nurfaizah & Aina Abdul

gempak
26/11/2023
15:07 MYT