HIBURAN
Konsert Rentas Masa Ditangguhkan Ke Januari 2025 Atas Sebab Bencana Banjir
Konsert Rentasmasa ‘Satu Evolusi Muzik’ yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 31 Disember 2024 akan ditunda ke tarikh baharu iaitu 31 Januari 2025 di ZEPP, Kuala Lumpur.
Berita itu diumumkan oleh pihak penganjur iaitu TGJ Entertainment dalam satu kenyataan.
Menurut penganjur, penangguhan ini dibuat susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia.
“Dalam usaha membantu mangsa-mangsa yang terjejas, Skuad Rentas Masa telah melancarkan misi bantuan dan akan bekerjasama dengan Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” maklum kenyataan itu.
Pihak penganjur juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat penangguhan ini.
Tangguh susulan bencana banjir

Berita itu diumumkan oleh pihak penganjur iaitu TGJ Entertainment dalam satu kenyataan.
Menurut penganjur, penangguhan ini dibuat susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa negeri di Malaysia.
“Mengambil kira amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir, pihak penganjur bersama para artis telah membuat keputusan untuk menangguhkan konsert ini sebagai tanda solidariti terhadap mangsa-mangsa banjir.