Pihak penganjur iaitu RR Brothers Studio memutuskan untuk menangguhkan penganjuran Concert Sabyan & Seventeen yang sepatutnya berlangsung pada 15 Oktober 2022 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BACA: Sabyan, Seventeen Tak Sabar Datang KL Buat Konsert Minggu Depan!

Hal ini berikutan faktor masa serta durasi persediaan yang agak pendek dan diikuti juga dengan pilihanraya yang akan berlangsung kelak, pihak penganjur mengambil keputusan untuk menangguhkan konsert ini sehingga November nanti.

Kata wakil penganjur, Jimmy Edward, tarikh baru akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.

"Kami memohon maaf atas kesulitan dan mengucapkan jutaan terima kasih buat para media yang telah membantu menwar-warkan berita tentang konsert ini terdahulu. Nantikan pengumuman tarikh baru kelak," katanya.