Hiburan
Konsert Ulang Tahun Ke-10 Afgan Tanda Perhargaan Kepada Peminat
Sedekad dalam industri muzik, Malaysia menjadi lokasi pertama Afgan meraikan ulang tahun ke-10 dalam industri bersama peminat.
Afgan, menerusi Konsert DEKADE di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre malam tadi berjaya memukau peminat setianya.
Mana tidaknya, seisi panggung bersorak bagi meraikan susunan muzik serta persembahan vokal Afgan yang tersendiri.
Menghadiahkan lebih 20 buah lagu sejak tahun 2008, menyaksikan rata-rata peminat menyanyi kesemua lagu yang dipersembahkan.
Penantian peminat untuk menyaksikan persembahan Afgan terubat pada malam tadi!
Gempak kongsikan secebis kenangan Afgan bersama peminat sempena Konsert DEKADE di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre semalam.
1. Penjualan tiket yang laris! Sebanyak 2,500 tiket telah habis dijual selepas dilancarkan!
2. 100 tiket VVIP untuk sesi 'meet and greet' habis dijual!
3. Seramai 2,000 orang penonton telah tiba di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre kira-kira satu jam sebelum konsert dimulakan.
4. Namun, terdapat segelintir penonton lambat memasuki dewan untuk menonton konsert Afgan kerana jalan jam serta kesulitan mencari 'parking'.
5. Konsert ini menyaksikan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang berkenan mencemar duli berangkat ke konsert itu.
6. Turut hadir pada malam itu adalah ibu dan ayah Afgan untuk menyaksikan konsertnya. Afgan berseloroh mengatakan keluarganya inginkan dia cepat berkahwin... Calon dah ada kan?
7. Detik yang dinanti-nantikan, lagu Jalan Terus, Rollercoaster dan Katakan Tidak dinyanyikan sebagai persembahan pembukaan yang menghangatkan suasana, semua penonton menjerit dan terhibur.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/afgan-(1).jpg)
8. Afgan mengimbau semula memori ketika lagu pertama dirakam bersama peminat. Afgan bermula dengan menyanyi di dalam biliknya bersama iPod kesayangan tanpa diketahui oleh ibu bapanya. Dia menerima tawaran menyanyi ketika sedang berkaraoke bersama kawannya.
9. Afgan mendedahkan kepada peminat yang dirinya percaya terhadap cinta pandang pertama malah dirinya mempunyai pengalaman tersebut. Namun, cintanya tidak dibalas. Kesiannya..
10. Penonton membetulkan sebutan 'Penang' yang disebut oleh Afgan. Comel je Afgan salah sebut kan?
11. Set pentas yang sangat praktikal dan bombastik! LED gergasi dan corak geometri berbentuk huruf A barangkali metafora kepada pangkal nama Afgan.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/afgan-(2).jpg)
12. Selain itu, Afgan turut berkongsi ketika pertama kali bertemu penyanyi Datuk Sheila Majid diiringi video mereka bersama peminat.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/image5_1.jpg)
13. Afgan juga mendedikasikan lagu kepada mangsa Palu serta mangsa nahas pesawat Lion Air yang berlaku di Indonesia. Peminat menghayati lagu Ku Mohon yang dilantun oleh penyanyi berlesung pipi itu.
14. Afgan turut berjenaka mengatakan dia ingin berkahwin dengan wanita Malaysia. Ramai peminat wanita yang mengangkat tangan serta menawarkan diri masing-masing.
15. Ketika lagu Jodoh Pasti Bertemu, semua penonton menyanyikan bersama malah Afgan mengaminkan ketika lirik penghujung lagu itu.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/image2_4.jpg)
16. Ruffedge turut diundang sebagai artis jemputan pada malam itu.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/3gadismanis_images/cantik-(1).jpg)
17. Afgan turut menghargai sumbangan The Gandarianz yang mengiringi sepanjang konsertnya berlangsung.
18. Selepas persembahan kumpulan Ruffedge, Afgan keluar menerusi pintu penonton serta bersalaman barsama peminatnya.
19. Kejutan! Afgan menerima sejambak bunga ketika menyanyikan lagu Terima Kasih Cinta daripada ibu dan ayahnya.
20. Standing ovation! Itu apresiasi terbaik semampu yang diberikan peminat ketika penghujung Konsert DEKADE.
Antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan adalah Fazura, Zahirah Macwilson, Zizi Kirana, Laudya Cynthia Bella, Lia Natalia, Ruhainies, Zoey, Aprena Manrose, Aishah Azman dan Afifah Nasir.
Benar kata ramai, Afgan mampu memberikan sebuah persembahan yang intim, berbeza dari sebelum ini dan yang paling penting membawa penonton menikmati sebuah perjalanan muzik yang indah dan menghiburkan.
Must-Watch Video