VIRAL
“Barang Dalam Dewan Hilang” - Aqil Zulkiflee Cemas, Dewan Kahwin Dipecah Masuk & Lori Dilarikan
Pempengaruh, Aqil Zulkiflee, berdepan detik cemas apabila dewan perkahwinannya dipecah masuk oleh pencuri.
Menerusi perkongsian yang dibuat, dia mendedahkan lori miliknya yang menyimpan barang perniagaan turut dilarikan pencuri, selain beberapa kesan kebakaran yang ditemui di dalam dewan tersebut.
“Dewan kahwin Aqil @citrahall kena pecah masuk & lori Aqil kena curi. Nombor plat VKF 7713. Kalau ada nampak sekitar Johor, Pasir Gudang, bagitahu ya. Terima kasih.
“Beberapa barang dalam dewan kahwin hilang, ada kesan bakar, CCTV semua kena pecah,” tulisnya di Instagram.
Susulan kejadian itu, Aqil segera membuat laporan polis. Tidak lama kemudian, lori miliknya berjaya ditemui semula selepas ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan di sebuah kawasan perumahan.
Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan terdapat kesan cap jari pada lori tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab.
Pada masa yang sama, pempengaruh itu turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya, terutama sekali pengikut setianya di media sosial yang membantu menyebarkan berita mengenai kes kecurian tersebut.
“Alhamdulillah, ya Allah. Terima kasih banyak kepada semua yang tolong sebarkan tentang kes kecurian lori Aqil hari ini.
“Terima kasih juga kepada yang mendoakan. Aqil baca setiap komen korang. Semoga Allah membalas semua kebaikan kalian. Amin,” kongsinya.
BERITA BERKAITAN: Wanita Curi Wang RM2,500 Semasa Majlis Kahwin Ditangkap, Ada 10 Rekod Jenayah
BERITA BERKAITAN: Penyanyi Lelaki Didakwa Curi Kamera Ketika Hadiri Undangan Majlis Perkahwinan, Pemilik Buat Laporan Polis
BERITA BERKAITAN: Pencuri Tulis Pesan Buat Guru Lepas Curi Barang Sekolah: “Saya Minta Maaf, Saya…”
BERITA BERKAITAN: Lori Terbalik, Penduduk Bukan Tolong Tetapi ‘Berjemaah’ Kebas Durian
Must-Watch Video