Kumpulan R&B popular Ruffedge akan mengadakan konsert Ruffedge 20th Anniversary di Singapura sempena meraikan tahun ke-20 penglibatan mereka dalam industri muzik, konsert tersebut akan berlangsung pada 6 Oktober 2018 di Zepp@BigBox bermula jam 8.30 malam.

Konsert yang berdurasi selama dua jam ini akan menampilkan lagu-lagu popular mereka antaranya Tipah Tertipu, Khayalan, Da Bomb, Bila Rindu, single terbaru berjudul Seperti Mereka, dan banyak lagi.

Konsert ini juga merupakan acara yang ditunggu-tunggu oleh peminat kerana kumpulan ini belum pernah mengadakan konsert di Singapura.

Terdahulu, Ruffedge telah mengadakan konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur pada Ogos lalu dan ia telah mendapat sambutan hangat dari peminat.

Tiket konsert ini mula dijual pada harga SGD 225 (pakej meet & greet), SGD 145 (pakej diamond) dan SGD 95 (pakej platinum).

Penjualan tiket akan bermula pada 7 Ogos 2018 menerusi laman web www.myticket.com.sg dan www.myticket.asia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian +65 8163 9197 / +65 3165 1506 atau sila layari www.shirazprojects.com.