Konsert Ulang Tahun Nidji Ke-23 Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia - "Sambutan Di Sini Luar Biasa"
Ernalisa
05/11/2024 14:55 MYT
05/11/2024 14:55 MYT
Kumpulan popular Indonesia, Nidji bakal mengubati kerinduan peminatnya di Malaysia menerusi konsert Nidji 2.3 :The New Chapter di Axiata Arena Bukit Jalil pada 2 Februari 2025.
BERITA BERKAITAN: Bekas Vokalis Nidji, Giring Dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia
BERITA BERKAITAN: Budi Doremi Tak Gusar Buat Persembahan Di Malaysia - “Hal Yang Kita Tak Tahu, Jadi Serahkan Pada…”
BERITA BERKAITAN: Tak Sabarnya! Konsert Dream Collaboration Bawakan Nidji & Budi Doremi Satu Pentas, Aisha Retno Jadi Artis Undangan
BERITA BERKAITAN: Gabungan Muzik Raggae & Modern Rock, Kolaborasi Budi Doremi x Nidji Confirm Mantap!
Konsert yang diadakan sempena ulangtahun ke-23 kumpulan itu percaya dengan sokongan peminat di Malaysia mengukuhkan legasi muzik mereka dalam tempoh lebih dua dekad.
"Bila kami pernah menjayakan persembahan di sini dan sambutannya membuatkan kami tidak percaya. Luar biasa.
"Sama juga seperti di Indonesia yang mana kami percaya ada juga peminat daripada Malaysia yang datang menyaksikan persembahan kami di sana (Indonesia).
"Bila lihat penerimaan begitu.. kami ternyata gembira dan bersemangat untuk kembali semula ke Malaysia," kata gitaris Nidji, Ramadhista Akbar.
Kumpulan Nidji ditemui sidang media di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Menerusi konsert itu, peminat juga berpeluang bertemu bersama ahli kumpulan Nidji menerusi tiket Meet&Greet Pass dengan harga RM198.
Semua jualan tiket akan bermula Jumaat ini yang boleh dibeli menerusi Ilassotickets mulai pukul 3 petang.
Selepas 18 tahun tidak adakan konsert solo di Malaysia, Nidji yang turut dibarisi Andro Regantoro (bes), Andi Ariel Harsya (Gitar) dan Adriana Prakarsa (dram) bakal adakan konsert solo berskala besar sempena ulang tahun ke-23 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini pada 2 Februari tahun depan.
Acara dinamakan Nidji 2.3: The New Chapter itu dibawakan MND Sport & Event.