Laman Utama

Konten YouTube Zarul Umbrella Beri Manfaat - “Siapa Sangka Perkongsian Saya Itu…”

Asyikin Mayudin
19/09/2023
04:48 MYT
Penyanyi Zarul Husin meluahkan rasa terharu apabila perkongsian mengenai kerjaya di awan biru membantu seorang individu mendapat kerja sebagai pramugara.
Menurut Zarul, individu itu menjadikan kandungan yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya sebagai rujukan sebelum menghadiri temuduga.
“Saya terharu apabila didatangi oleh seorang jejaka berusia 20-an yang memaklumkan dia merupakan salah seorang ‘subscriber’ saya di Youtube. Malah, dia baru saja mendapat kerja di Singapore Airlines dengan merujuk kepada Youtube kelolaan saya.
“Katanya, dia menjadikan saluran Youtube saya sebagai rujukan sebelum menghadiri temuduga. Siapa sangka, perkongsian saya sekadar suka-suka itu memberi manfaat.
“Apatah lagi, dia turut datang kepada saya untuk berterima kasih. Jadi, saya terharu apabila ada yang menghargai perkongsian saya itu,” katanya.
Zarul atau nama sebenarnya, Zairulkefli Husin yang pernah bertugas selama 17 tahun sering memuat naik di Youtube berkongsian pengalaman sepanjang berkecimpung sebagai pramugara.
“Apa yang sering saya kongsikan dalam video adalah apa yang sebenarnya berlaku pada pramugara dan pramugari. Apa yang mereka terpaksa hadapi, realiti.
“Walaupun disebalik tabirnya mereka nampak dengan ‘uniform’ cantik kemas, tarik beg, ‘make up’ tebal, namun perlu hadap mencuci tandas dan sebagainya.Kadang kala fakta-fakta menarik itu orang tak tahu pun,” katanya.
Sejajar dengan arus teknologi, Zarul tampil dengan saluran Youtube kelolaannya selepas membuat keputusan meninggalkan kerjaya di awan biru.
“Semua ni secara tak sengaja, benda ini saya sudah buat hampir 17 tahun, saya tercari-cari ‘content’ yang mana saya nak buat. Buat pun spontan, tak ada gigih nak cari content apa yang nak dibuat.
“Dia datang macam itu saja, jadi contoh hari ini saya cerita pasal kenapa flight delay, pilot tak boleh duduk sorang-sorang. Dalam masa yang sama, saya boleh ajar orang yang nak jadi pramugari dan pramugara ini untuk lebih memupuk minat mereka,” katanya.
BACA SINI: Kenapa Ada 'Ashtray' Di Pesawat Tapi Dilarang Merokok? Zarul Umbrella Dedah Sebabnya!
BACA SINI: Zarul Husin Kongsi 3 Perkataan ‘Diharamkan’ Dalam Pesawat - “Jangan Sesekali Buat Main…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Kes Tertinggal Flight Sebab Boarding Pass Tak Tunjuk AM-PM, Zarul Umbrella; "Benda Simple Selalu Kita Lalai..."

gempak
17/04/2024
10:25 MYT
Gara-gara tersilap melihat paparan waktu di tiket kapal terbang, seorang pelajar yang berasal dari Sabah tertinggal penerbangan.  Perkara itu terjadi apabila tiket penerbangan yang disangkakan dijadualkan pada jam 1.15 tengah hari (PM) rupa-rupanya adalah pada jam 1.15 pagi (AM).  Kisah yang terjadi pada gadis berkenaan dikongsikan oleh abangnya
Laman Utama

Kenapa Ada 'Ashtray' Di Pesawat Tapi Dilarang Merokok? Zarul Umbrella Dedah Sebabnya!

gempak
05/09/2023
15:26 MYT
Alamak kenapa pula ya?
Laman Utama

Zarul Husin Kongsi 3 Perkataan ‘Diharamkan’ Dalam Pesawat - “Jangan Sesekali Buat Main…”

gempak
24/08/2023
12:55 MYT
Jangan main-main dengan perkataan itu.
Laman Utama

“Bukan Mudah Untuk…” - Ada Sebab Zarul Husin Tangguh Hasrat Keluarkan Lagu Baharu

gempak
22/08/2023
11:45 MYT
InsyaAllah ada rezeki Zarul.
Laman Utama

#GMWA2022: Antara Personal Life, Reviu Produk & Tips, Konten YouTube Selebriti Mana Paling Power?

gempak
11/02/2023
13:55 MYT
Cepat undi selebriti kesayangan!