Sebagai bekas pramugara di sebuah syarikat penerbangan terkenal, penyanyi Zarul Husin berkongsi tiga perkataan yang ‘diharamkan’ sebut ketika berada dalam pesawat.

Menurut Zarul menerusi video yang dikongsikan di Instagram, perkataan tersebut boleh mengancam keselamatan dan individu yang menyebutnya berpotensi tinggi untuk dikeluarkan daripada pesawat.

“Ada tiga perkataan yang bila korang sebut perkataan ni, boleh mengancam keselamatan dalam pesawat dan kemungkinan besar korang akan dikeluarkan dalam penerbangan itu sangat-sangat tinggi.

“Korang boleh dikeluarkan dari flight tersebut,” kata Zarul.

#1. Bom

Contohnya macam MH122 itu hari yang mana penumpang cakap dia ada bom. Bom ini perkataan yang diharamkan dalam pesawat atau penerbangan.

Jangan sesekali buat main perkataan bom walaupun hanya buat lawak… tidak! Bom bukan bahan lawak dalam pesawat.

#2. Pisau, pistol & parang

Perkataan ‘saya ada pisau, aku ada pistol atau aku ada parang’ pun tak boleh. Ia sama level dengan perkataan bom. Boleh menjadi satu ancaman.

#3. Ijack atau rampas

Perkataan ‘ijack’ atau rampas… seperti ‘saya nak rampaslah kapal terbang sebab lambat bagi nasi lemak’. Walaupun hanya bergurau, korang boleh dikeluarkan serta merta.

Diorang boleh patah balik untuk keluarkan korang.

BACA SINI: Lelaki Bikin ‘Onar’ Sehingga Pesawat MH122 Terpaksa Berpatah Balik Ditahan

BACA SINI: Alamak! Pesawat Terlalu Berat Nak Berlepas, Terpaksa Tinggalkan Penumpang Di Landasan