Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kontinjen Malaysia Bakal Sarung Rekaan Rizman Ruzaini Di Pembukaan Olimpik Paris 2024

Gempak
04/07/2024 07:44 MYT
Kontinjen negara akan menyarung pakaian berinspirasikan baju Melayu yang dihasilkan pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Ruzaini pada perarakan majlis Perasmian Olimpik Paris yang dijadual 26 Julai ini.

Bertemakan Baju Melayu


Memetik laporan The Star, perkara itu disahkan oleh Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Khamis.

Jelas beliau, pakaian tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

“Ia akan bertemakan baju Melayu dan akan menjadi (konsep) tradisional. Kami telah memuktamadkan reka bentuk dan akan menunjukkannya kepada umum tidak lama lagi,” katanya semasa sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).


Rizman Ruzaini baru-baru ini menempa sejarah dalam industri fesyen tanah air apabila busana rekaan mereka disarung penyanyi terkenal Lady Gaga ketika mengadakan persembahan residensi di Las Vegas.


BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: MOM Pilih Rekaan Baharu Pakaian Kontinjen, Tampilkan Corak Belang Harimau Lebih Garang

BERITA TRENDING: Nama Dicadang Netizen Sebagai Model Busana Olimpik Gantikan Patung, Ini Respons Sharul Aimy

BERITA TRENDING: Teruk Dikritik, Pakaian Kontinjen Diperkenalkan Tak Akan Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik

BERITA TRENDING: Rizman Ruzaini Bayar Naomi Campbell RM3 Juta Untuk Fashion Show Dubai - "Ibaratnya Beli Banglo Cash"


BERITA TRENDING: “Sebenarnya Busana Itu Untuk Dinner Show, Namun…” – Rizman Ruzaini Kongsi Kronologi Kolaborasi Perdana Dengan Lady Gaga

Sebelum ini, pakaian rasmi Kontinjen Malaysia yang dirancang akan dipakai pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerima kritikan daripada banyak pihak.

Susulan kritikan tersebut, MOM tampil memperkenalkan rekaan baharu, dengan corak belang harimau yang lebih garang dipaparkan pada pakaian rasmi.

Sumber: Awani menerusi The Star
#Malaysia #Rizman Ruzaini #Olimpik #Pakaian #Olimpik 2024 #Kontijen Malaysia
;