Pelakon Korea Ahn Jae Hyun memohon maaf kepada pihak yang terlibat dalam kontroversi penceraiannya bersama aktres Ku Hye Sun.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguamnya, Bang Jung Hyun.

“Ahn Jae Hyun mahu memohon maaf mengenai perkara tersebut. Kata Jae Hyun “Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas kontroversi yang tercetus berkaitan dengan hal peribadi saya iaitu masalah perkahwinan,” ujar peguamnya.

Dalam pada itu, peguamnya turut menjelaskan buat masa ini mereka sangat berhati-hati dengan situasi yang berlaku kerana segala kenyataan yang dikeluarkan boleh diputar belit.

Tambahnya lagi, Jae Hyun merancang untuk membongkarkan segala kebenaran selepas kes penceraiannya selesai.

“Kami perlu berhati-hati untuk membicara sesuatu. Segala macam cerita boleh disalah ertikan dan dianggap sebagai sebelah pihak, jadi dia merancang untuk membicarakan tentang perasaan yang terbuku dihatinya selepas semuanya selesai.

“Tidak ada cara lain melainkan mengambil tindakan undang-undang. Status perkahwinan mereka sudah tidak dapat diselamatkan dan ada limitnya untuk mendedahkan segalanya melalui media sosial.

“Sebab itu dia mengambil keputusan yang dirasakan terbaik untuk dirinya dengan memfailkwn penceraian terhadap Hye Sun dan menerima segala keputusan mahkamah selepas ini. Lagipun segala bukti telah pun diberikan kepada pihak mahkamah.

“Jae Hyun mengatakan dia tidak mahu memfailkan tuduhan jenayah terhadap Hye Sun sehingga ke tahap tertentu,” jelasnya.

BACA: “Dia Bosan, Ubah Fikiran” – Baru Tiga Tahun Kahwin, Ku Hye Sun Dedah Suami Minta Cerai

BACA: Didakwa Punca Penceraian Ahn Jae Hyun – Ku Hye Sun, Oh Yeon Seo Tertekan

Terdahulu, Hye Sun mendedahkan suaminya, Jae Hyun meminta untuk bercerai pada Ogos lalu.

Sumber: Koreaboo