Agensi pengurusan kumpulan K-Pop terkenal MONSTA X, Starship Entertainment mengumumkan bahawa Wonho mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan itu.

Pengumuman itu dibuat Starship menerusi akaun Twitter rasmi mereka, @STARSHIPent sebentar tadi.

Dalam satu kenyataan rasmi, Starship menjelaskan Wonho secara kekal telah meninggalkan MONSTA X dan kumpulan itu akan mempromosikan sebagai enam ahli bermula hari ini.

Menurut Starship, keputusan itu dibuat oleh Wonho kerana dia tidak mahu memberikan masalah dan kesan negatif kepada MONSTA X.

Starship juga menyatakan pihak mereka akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap si penyebar khabar angin.

Terdahulu, Wonho terlibat dengan kontroversi dakwaan hutang kepada seorang lelaki bernama Jung Da Eun selain didakwa melanggar undang-undang pada usia mudanya.

Sumber: Soompi / Allkpop