Pelakon, penerbit dan pengarah berbakat, Namron, 50, akui terasa hati dengan komen negatif sesetengah netizen yang menyerangnya di sebuah entri Instagram baru-baru ini.

Posting terbabit memaparkan video rakaman Namron yang meminta netizen berhenti mengecam seorang pelakon lelaki yang dikaitkan dengan isu pukul dan hubungan songsang.

BACA: http://www.gempak.com/artikel/22703/lelaki-dengan-lelaki-ada-bonding-rapat-tak-semestinya-semburit-namron

Menerusi laporan HLive! Namron menjelaskan dia amat terasa hati dengan komen tersebut.

Menurutnya, amat mudah untuk netizen menaip dan menulis apa saja yang mereka mahu, namun pihak yang terbabit pastinya menerima kesan dan impak.

"Menerusi video itu saya tidak cakap pun mana betul mana salah. Lagipun polis masih siasat kes tersebut, sebelum terbukti di mahkamah orang itu tidak bersalah baiklah jangan cakap perkara yang negatif," katanya.

Tambah Namron, dia masih tidak percaya kes berkenaan membabitkan Syafie memandang dia seorang individu yang baik.

"Terus terang bila dikaitkan dengan dia, saya tak percaya. Susah nak percaya kerana dia seorang yang baik dari pandangan saya," katanya.

Sebelum ini, dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu.

BACA: Pelakon Lelaki Belasah Bekas Tunang Kerana Ditegur Songsang!

Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah Azman.

Terdahulu, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).