Laman Utama
Kopi Popular Indonesia, Kenangan Coffee Buka Outlet Pertama Di Suria KLCC - Ini 4 Minuman Kegemaran Kami!
Kalau dah namanya peminat kopi, kemunculan jenama-jenama kopi yang terkenal di luar negara cukup mengujakan hati kita. Terbaharu, jenama kopi terkenal Indonesia, Kopi Kenangan membuka kafe pertama mereka bertempat di pusat beli-belah Suria KLCC.
Menggunakan biji-biji kopi yang berasal dari tanah Indonesia, setiap resepi minuman diadun sempurna dan berbeza dengan kopi-kopi jenama popular yang lain.
Dengan pembukaan outlet pertama di Suria KLCC, Kenangan Coffee menyasarkan akan membuka empat lagi kafe mereka di pusat beli-belah MyTown Cheras, Pavilion KL, Nu Sentral KL dan Sunway Pyramid.
Berkesempatan menghadiri acara pembukaan pada Isnin, Gempak sempat merasa sendiri empat minuman yang disediakan khas untuk penggemar kopi di Malaysia.
Disini Gempak senaraikan 4 minuman kegemaran kami yang patut anda cuba.
1, Kenangan Latte
Menjadi kopi signature yang paling popular di outlet Indonesia, anda patut cuba Kenangan Latte! Menggunakan gula aren yang cukup dikenali di tanah nusantara, penggemar kopi akan merasai keenakan rasa manis disulam pahit, masam dan berlemak.
2. Avocado Latte
Sekali cuba ini, hampir mengingatkan kita pada jus avokado ataupun alpukat. Rasa buah avokado yang kaya dan penuh berkrim ini cukup membangkitkan rasa ditambah dengan beberapa shot kopi, paduannya sangat serasi. Kami suka!
3. Creamy Latte
Ini juga antara yang anda harus cuba! Rasa kopi susu yang berlemak cukup membuatkan mata anda segar. Creamy Latte boleh didapati dalam panas atau sejuk dan bersaiz kecik, sederhana atau besar.
4. Ter-Tarik Original
Bukan kafe Malaysialah kalau tiada teh tarik kan? Istimewanya di Kenangan Coffee, menu teh tarik ini dicipta semata-mata untuk citarasa rakyat Malaysia. Kalau anda bukan penggemar kopi, boleh cuba teh tarik!
Must-Watch Video